Ahad, 10 Julai 2011

Selamat pengantin baharu...

Assalamualaikum..dah lama tak bersua cerita..maaflah sebab ada tugasan rasmi di KL selama seminggu (selama seminggu jugaklah tak mengisi entri, maklumlah takde kemudahan tenet di rumah). Sementelah balik, alhamdulillah dapatlah menghadirkan diri atas jemputan kahwin anak jiran depan yang majlisnya dibuat di Rumah Kelab di Seksyen 6, Bandar Bukit Mahkota Bangi.
 
 


Tema baju pengantin warna silver kebiruan-nampak secocok mereka. Semoga berbahagia, rukun damai rumah tangga mereka hingga ke hujung nyawa. Terima kasih tuan rumah yang memberi jamuan makan, cenderamata telur pindang dan sebagainya. Memang dah namanya asal orang Johor, tak sah kiranya kalau takde telur pindang. Tabiklah kat tuan punya majlis yang masih mengekalkan tradisi untuk menyediakan telur pindang! Majlis juga diserikan dengan persembahan kompang, marhaban dan silat.

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...