Pastu terasa nak beli kacang tanah mentah pulak (saiz sederhana kecil) dan kena rebus sendiri. Sekilo RM5, tapi kami beli RM3 sahaja takut tak terabis makan berdua kelak. Apa yang kami tahu, kacang ni direbus macam biasa (basuh dulu bersih-bersih) dan bubuh garam secukup rasa (bila tanya mak mertua-samalah caranya juga dengan apa yang kami buat). Rebus selama kurang lebih satu hingga satu setengah jam (kalau spesis besar, mahunya lama lagi kena rebus)- dah empuk baru boleh angkat dan makan. Alhamdulillah, rasanya sedap dan manis.
lepas ni boleh beli lagi.... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan