Rabu, 13 Julai 2011

hujan yang turun.....


Tapi siapalah kita untuk menolak takdir Allah. Bumi Petra Jaya dan sekitar bandar Kuching telah dibasahi dengan hujan lebat, angin kuat dan guntur (guruh) petang semalam. Walhal, sebelum tu kawan dah berpesan, tak perlu cuci keta tu, dah mendung dah ni.  Tetapi disebabkan kotor sangat dan lagipun keadaan cuaca petang tu masih cerah, maka kuberserah. Balik pejabat pun ku letak kudaku jauh sikit dari bawah pokok.

lihatlah pepohon yang meliuk-liuk disapa angin hujan...

kudaku hujung sekali sebelah kiri..jaraknya memang dekat di bawah pokok..hhmmm
keadaan hujan di balik tingkap pejabatku...

Namun, hasil dari hujan lebat, kudaku tetap kebasahan dan ditimba tempias bebunga yang berguguran. Aku tidak menyesal sebab hujan yang turun, tapi ralat sebab masih teringat keprihatinan dan kesungguhan pencuci kereta itu (kira pertama kali tengok mereka yang bersungguh membuat kerja demi menjaga hati pelanggan). Apapun, hujan tetap hujan, kereta tetap kereta, tiba saatnya kotor, perlu dibasuh jua, jangan disesali dengan hujan yang turun...hhhmmm.. Moral cerita: basuh sendiri lebih jimat!

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...