Jumaat, 15 Julai 2011

keindahan malam di hadapan Kg Gersik..

Malam tadi dengan semangatnya dapat keluar makan kat Kg Gersik (dah cakap semalam dengan encik suami-sok malam kita makan malam kat Gersik jelah bang ... ok jawabnya ringkas ... yahoo). Dapatlah kurangkan bau rumah akibat bakaran ikan semalam..hehe. Makanya dengan semangatnya juga kumembawa kamera DSLR-nak tangkap gambo pemandangan malam kat waterfront tuh-gambar mesti cantik - lagi-lagi bulan terang walaupun dalam kesamaran mendung yang perlahan-lahan berlalu. Dengan penuh teruja, ku memberi kamera pada encik suami dulu untuk tangkapannya.  
     Dengan pertanyaan yang membuatkan aku kaku seketika "mana kadnya, macam mana nak ambik gambo"... waaaa... Rupa-rupanya aku terlupa nak bawak kadnya. Dengan nasihat percuma kudapat  "lain kali kalau keluarkan kad, lepas guna terus masukkan semula". Baik bang..ku menurut perintah. Mood kami terus hilang (tapi mood makan masih membara). Ke hulu ke hilir ku terpaksa membawa kamera '0'. Sudahnya menangkap gambar dengan kamera hp cabukkulah jawabnya... Nah terimalah hasilnya yang tak seberapa.
 

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...