Hari ni nak cerita tentang terung pipit, pokak, cokak, terung Belanda, pipit, ciwi dan sebagainya. Apa-apa pun namanya, I memang minat benda nih. Sejak kecik lagi telah didedahkan dengan kesedapan dan keunikannya. Boleh dianggap sebagai sejenis sayuran kecil yang pokoknya mudah tumbuh dan berbuah. Macam mana rupa fizikalnya?
|
ni dia...comel kan..geram je tengok... |
|
sebelum dimasak, kena pisahkan tangkai dan buahnya dahulu... |
Ooo macam ni rupanya.. kalau tak pandai masak benda nih, mahu keras jadinya. Biasanya mak-mak orang letak dalam sambal tumis, buat ulam atau masak ala Jawa (tumbuk bawang putih, bawang kecil, cili api, bilis dan sedikit belacan -garam jangan lupa ok- tumbuk sekali). Kalau aku lebih suka masak cara ala Jawa (dah namanya keturunan orang Jawa kan). Meh kutunjukkan langkah-langkah nak masak sayur nih (ala Suhana). Kak Mohaini dah pernah cuba resepi ni - nampaknya mudah buatnya (iyelah sebelum ni malas nak buat benda ni katanya pahit, bila ku dah tunjuk cara, nampak ok cuma sedikit berangin katanya, alhamdulillah)...
|
tumis dulu bahan tumbuknya... |
|
Agak-agak dah mesra, masukkan buah terung nih..gaul sebati... |
|
tambah air banyak sikit... |
|
biarkan mendidih..aga-agak belum cukup masak, sila tambah air sikit lagi... |
|
dah masak dah..ambil masa dalam 10-15 minit nak masak benda nih..biarkan ada berkuah sikit yer..
(orang Jawa suka masakan kering jer) |
Mudah je buatnya, petik jari jer... tapi silap haribulan boleh jadi pahit (bila buah yang diambil dah tua belaka). Ntah ler tak tahu kenapa I suka sangatlah benda nih - sesekali jumpa, wajib masak. Kalau dapat nasi panas dan ikan kering, pastu makan dengan benda nih...subhanallah...nang nyaman bah!
|
kali ni makan dengan terubuk bakar dan cicahnya, serta ulam tenggek burung... |
Selamat mencuba yer tuan dan puan!...