Isnin, 11 Julai 2011

Forum Remaja 2011

Alhamdulillah. Sempurna sudah tugasku. Urusan di KL baru-baru ni telah menyaksikan pertandingan Forum Pelajar (untuk sekolah-sekolah Cina-projekku) dan Forum Remaja (untuk SMK) pada peringkat Kebangsaan. Pada tahun ini, Negeri Sabah menjadi Johan untuk Forum Remaja dan Kuala Lumpur, Johan untuk Forum Pelajar. Peserta dari Sarawak memenangi tempat ketiga (Forum Pelajar) dan untuk Forum Remaja tiada rezeki untuk ke peringkat akhir dan saingan sememangnya sengit. Mereka kandas pada peringkat separuh akhir. Namun, ku ingin mengucapkan syabas kepada SM Chung Hua No. 1 dan SMK Asajaya atas semangat dan usaha mereka. Mereka berjuang bersungguh-sungguh dan semangat mereka harus dicontohi. Tahun depan usaha lagi.

Peserta Forum remaja: SMK Asajaya, Samarahan....pelajar tingkatan enam atas...
Cikgu Atiqah, Noor Adzwan, Ardy, Umi Azleen, Mardianto dan Nazri...
 
tetap ceria walaupun gagal ke peringkat akhir (namun dalam hati, Allah sahaja yg tahu perasaan mereka)...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah....walaupun tidak smpai ke peringkat akhir..bersebelahan bilik time kat penginapan ngan peserta sarawak memang best hehe..
dri peserta sabah...hehe

Mohd Asri berkata...

tiba-tiba terjumpa entry ni saya ingat lagi stay d hotel bersebelah bilik dengan peserta lelaki forum remaja sarawak...siap bernyanyi sakan masa d bilik hihihi... saya salah seorg peserta Forum Remaja dari sabah...

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...