Hhmmm..pernah nampak buah tarap tak atau pernah makan buah ni? Kalau tak pernah nampak, mana pulak dah pernah makan ye tak. Buah tarap ni macam spesis cempedak, bau pun kuat bila masak, bentuk fizikalnya bulat dan kecil sikit dari cempedak, kulit halus dan lembut, isinya pun tak besar mana. Buah ni banyak kat Sabah. Kalau ada jumpa ni Sarawak ni, kira nasiblah juga dengan harganya yang agak mahal.
Semasa pergi pasar satok minggu sudah, ada terbau buah ni, tapi tak nampak lubang hidung. Takpelah, takde rezeki masa tuh. Tapi pergi pasar Satok baru nih, dapat kesan bau dan buahnya sekali. Harga yang kecil bawah ni, RM5 untuk dua biji. Paling besar rege RM12 sebiji. Hhmm.. takpelah sebab nak makan jugak, belilah yang lecil sahaja untuk hidangan berbuka dengan harapan besar kot isinya. Yang bawah tu harga RM8. Sekali buka nak goreng celup tepung, alahai, isinya cenonet jer, jadilah daripada takde.
kena pandai pilih...nanti ada belum masak pulak.. |
macam durian saiznya... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan