Ahad, 7 Ogos 2011

cedapnya aiskrim...

Maaflah entri ni tak sesuai ditonjolkan semasa bulan pose nih. Namun apakan daya, peristiwa membeli dan memakan aiskrim ni berlaku sebelum pose. Nak tak nak kena letakkan entri ni jugak. Takkan kerana sebatang aiskrim, nafsu kita boleh tergadaikan. Nasib baiklah bulan pose kan. Takpe lepas bulan pose ni,kita taram dua tiga batang aiskrim.Teman lebih suka makan aiskrim ni dalam batang kon berbanding roti (tetapi sekali sekala boleh juga makan). Tulah kan, aiskrim ni dah lama wujud dan sentiasa digemari kanak-kanak atau mak/bapak budak. 
sila jangan tergoda yer...
    Hinggalah pada satu masa, penjualannya dimonopoli warga negara asing (Pakistan, Bangladesh). Kadang tu hanya tahu berkomunikasi sepatah dua perkataan Melayu dan hanya tahu jumlah duit yang pelanggan perlu bayar sahaja. Hebat juga mereka nih, sanggup berusaha mencari rezeki pada tahap ini. Agak-agaknya mereka ni ada lesen ke tak menjaja dengan menaiki motosikal? 
   Yang paling best, rezeki mereka melimpah ruah bila mana dapat mencari kawasan baik dan ramai pengunjung seperti di tepi pantai, kawasan perumahan yang ramai budak-budak, kawasan di majlis rumah orang kahwin dan kawasan tepi sekolah. Rege setakat nih untuk aiskrim macam nih masih lagi RM1, paling mahal pun RM1.50. Kalau nak aiskrim batang dan bercoklat-moklat tu bolehlah beli jugak - macam-macam ada!

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...