Alhamdulillah. Hari ni asyik cerita pasal hidangan berbuka jer (maklumlah bila datang mood, semua entri dimasukkan dalam satu masa jer). Dalam bulan Ramadan ni jugak, setakat hari nilah tak pergi lagi bazar Ramadan - semoga dapat mengekalkan momentum tersebut. Jadinya nak masak dan makan apa yang ada jer.
Makanya encik suami dengan kerajinan yang hebat telah menyediakan murtabak sosej (sebab takde daging lembu dan isi ayam). Nak buat murtabak ni perlukan kesabaran - kena buat rotinya dan juga isinya. Nak buat inti macam nak buat inti karipap, cuma perlukan lebih bawang dan aksesori lain (lobak dsb). Nak canai roti lagi pastu kena perap beberapa jam- memang melalui banyak proses, barulah boleh canai dan masukkan inti dan masak (kalau nak disimpan, boleh masak separuh masak dan masukkan dalam peti sejuk ruangan beku - nak makan kemudian boleh panaskan lagi).
Bila hidup kat perantauan ni, susah sikit nak cari murtabak yang sodap. Ada juga permintaan dari rakan-rakan encik suami untuk projek buat murtabak nih - kata encik suami, nantilah dulu...hehe. kalau rajin apa salahnya.
|
antara isi dan kulit... |
|
inti ditambah/digaul dengan sebiji telur... |
|
dah siap - tinggal makan... |
|
dari jarak dekat... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan