Cuba teka kat mana batang pokok ini boleh didapati? Takpe, tak perlu fikir lama-lama. Kat Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) ler. Agak-agaknya dah berapa lama pokok ni hidup kan. Pokok ini telah banyak menyaksikan ragam manusia pelbagai bangsa dan juga peristiwa yang berlaku di sekitarnya. Apa yang pasti, pokok ni dapat melihat gelagat manusia membeli-belah, menyanyi (OKU), membuat pengambaran drama atau filem, bagaimana peniaga jalanan kena kejar dengan penguasa DBKL dan 1001 macam peristiwa. Tapi, ia tetap kukuh berdiri di situ (selagi tak ditebang). Bertuahlah kau pokok.
ada juga di kawasan sekitarnya.. |
yang bestnya, siap berkumpul dan membuat bulatan di bawah pokok...tetiba ingat lagu pokok pulak..hehe |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan