Emm.. sedapnya bila nampak gambar kat bawah ni. Dah lama tak buat puding segala bagai. Dinamakan puding sebab susu campur agar-agar. Jika hanya agar sahaja dimasak, tu dipanggil agar-agar. Takpelah janji jadi manisan dan pencuci mulut. Susu cair dah ada, yang takde lagi laici dan agar-agar. Jadinya, kirim kat encik suami untuk membeli bahan tersebut. Tengok juga resepi dari blog dari dapur kecilku - Puan Suhaida Azmi kita. Dapat ilmu dengan mengisar separuh buah laici dalam tin dan selebihnya buat hiasan (sepatutnya setin untuk dikisar dan setin lagi untuk hiasan - namun tak cukup bajet).
Macam biasa, bersihkan agar-agar (guna yang bukan serbuk) dan masak hingga larut, masukkan gula, tutup api. Kemudian, boleh masukkan kisaran buah laici dan susu - gaul sebati dan masukkan dalam bekas acuan besar mahupun kecil. Sebab dah lama tak buat, maka kurang manis sebab terlebih letak air (sepatutnya enam cawan sahaja). Takpe, janji boleh makan dan jadi hidangan pencuci mulut untuk berbuka puasa - alhamdulillah.
serabut sikit sebab kisaran laici berkumpul di bawah bekas acuan... |
dari jarak dekat..berkilat jer nampaknya... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan