Dalam usaha nak cari ketam biru, terjumpa pulak mentarang. Terkejut jugaklah sebab kak Sarawak pun ada mentarang nih (kat sini dipanggil emilin). Ingatkan ada kat Selangor dan Perak jer (Terengganu pun ado). Takpelah tak jumpa ketam, mentarang pun mentaranglah, janji boleh dimakan. Sebenarnya takde idea nak masak lagu mana mentarang nih. Kata orang sedap dimasak macam kerang rebus tuh - bubuh bawang merah dan putih, halia, daun kunyit dan serai.
|
pilih yang kecil sedikit... |
Tapi kalau tak biasa masak macam tu, susah juga. Akhirnya kumasak stail Jawa jelah. Macam mana? Hmm.. kisar bawang putih, bawang merah, cili api, halia dan serai sekali dan tumis semua, selepas naik bau barulah masukkan mentarang, bubuh air sikit (jangan banyak sebab mentarang akan keluarkan air bila dimasak), pastu tutup bagi sebati kesemuanya dan masak serata. Pastu bolehlah angkat, pastu makan panas-panas, sedap dan pedas - alhamdulillah.
|
tumis semua bahan rencah yer.. |
|
dah siap, rasnya lemak manis dan pedas!... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan