Selasa, 9 Ogos 2011

kuah rojak - percubaan pertama

Minta resepi daripada kak Azilah dah, beli bahan-bahan dah cukup, kisar cili kering kat rumah mak di kg Mang pun sudah, tinggal nak buat jer kuah rojak percubaan pertama. Emm.. malam tadi projek ni dijalankan selepas solat Isyak. Dengan gigihnya, goreng kacang tanah tanpa minyak siap-siap pada petangnya. Sebelah malam, tinggal nak pisahkan kulit dengan isi jer - huh bercinta juga. 
       Makanya, proses pertama, masak cili kering kisar dan belacan tu sampai berbuih, masukkan gula nise seketui, gula pasir sekilo dan gaul hingga sebati. Masukkan sekali pes petis satu sudu je atau kurang takpe (dalam hal ni, dah terlebih bubuh-jadi baunya agak kuat bila kuah ni dah masak - encik suami pun dah komen), sedikit garam dan kicap masin (2-3 sudu), kicap masin jangan buh banyak sebab nanti kaler hitam bebeno jadinya kuah ni.
      Masak dan gaul dalam masa 20 minit. Agak-agak dah pekat sikit, boleh matikan api dan tabur kacang yang telah dikisar kasar serta gaul sebati. Jangan lupa letak dalam bekas bertutup (tak perlu masukkan peti ais). Hasilnya - pedas sikit, kuat bau petis (lepas ni kena kurangkan), masin sikit tapi tetap manis. Perlu makan dengan buah, baru tahu rasa sebenar! Hmmm...yang penting dah mencuba, lepas ni kena buat lagi agar dapat perbaiki ilmu memasak - insya-Allah.
kalau tak cukup pedas, buh cili kisar lagi...

siap diletakkan dalam bekas untuk percubaan rasa kawan-kawan...


Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...