Rabu, 3 Ogos 2011

Hebat jugaklah...

Begitu gigih seorang warga emas ni dalam usahanya mengisi minyak. Apa yang bestnya dan kagum dengan beliau ialah berkenaan kereta yang dipandunya. Mungkin sesuai dengan usianya. Aku yang berada di belakang keretanya, perlu dengan sabar menantinya (sebelum beliau, kami ada juga menanti kereta lain yang ada di depannya). Hmm...dari proses menunggunya keluar dari kereta, berjalan dan membayar di kaunter, membuka penutup minyak, mengangkat nozel, proses mengisi minyak, letak semula nozel, tutup penutup minyak, masuk dalam kereta, hidupkan enjin, memulas stereng dan berlalu pergi. Kagum dengan usianya yang masih mampu memandu kereta secara manual dan sanggup mengisi minyak sendiri. Aku, malunya bawak kereta auto jer...hehe..
mesti beliau ni jenis sayang dengan keretanya...

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...