Oleh kerana esokku akan berkursus dan bertapa di Bintulu selama enam hari, makanya hari ini menjadi hari kemalasanku untuk masak-memasak. Kiranya nak bermanja-manja dengan encik suami sebelum duk berjauhan seketika. Aku pujuk encik suami makan di pakcik key ef cy - makan set chicken chop, lagi-lagi ada jagung, walah-walah kegemaranku itu. Pastu satu set ambik belian beg beroda sekali, boleh gitu. Alhamdulillah kenyang dengan rezeki-Mu ya Allah. Inilah hasilnya. Nak goda kak Mohaini agar makan set nih selepas nih..hehe..
hasil tangkapan-nasib baik sempat snap..hehe |
hasil tangkapan sampingan..sebelum dibuka... |
selepas dibuka..inilah hasilnya, siap ada roda lagi...puas hati... |
Makanya, tuan dan puan, silalah mencuba hidangan baru dari pakcik key ef cy ni yer dan jangan lupa 'merembat' beg tersebut (ada dua warna- kelabu dan merah), beg serba guna dan sesuai untuk ke pasar! dan regenya rm8++ sahaja .....alhamdulillah.
2 ulasan:
beg cantik. Belum tergoda. makanan Sarawak ni menggodalah... nak cuba...
makanan yg mana satu kak tergoda?..hehe
Catat Ulasan