5 Mei 2011 - 8.30 malam
Alhamdulillah, setelah puas mendengar ceramah sebelah siang, pada sebelah malamnya telah diadakan majlis makan malam (esok malam ada lagi) tajaan pihak Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS) di hotel yang sama. Hidangan yang disajikan ala makanan Cina, satu demi satu makanan dihidangkan. Antara gambar hidangan yang sempat disnap...
|
senarai hidangan untuk makan malam |
|
minuman kordial (oren) dan teh cina
- dah lama tak pakai copstik-akhirnya pakai sudu dan garpu juga |
|
kombinasi hidangan panas dan sejuk |
|
sup timun laut |
|
nasi goreng ala Cina dan ayam goreng dimasak sos lemon |
|
ikan siakap stim masak halia dan bawang putih |
|
Daging masak lada hitam (tapi rasa kicap je yang lebih) |
**tiada dalam gambar, sayur kailan/ cendawan dan buah-buahan
Para peserta di meja kami semuanya hantu cili. Namun, hanya lada besar (cabik) yang dapat dihidangkan. Habis bekalan lada besar (merah), kami minta dengan pelayan untuk ditambah . Semasa kami minta, pelayan tersebut menjengilkan mata macam kurang senang dengan permintaan kami. Dalam keterpaksaan, beliau menurut kemahuan kami (itulah susahnya bila kami semua suka makan pedas - kan hidangan Cina tidak pedas) dan yang lucunya apabila pelayan tersebut telah meletakkan tambahan cili yang agak banyak (macam tak puas hati sahaja). Perkara ini menjadi bahan gelak kami. Dengan tidak seriknya, kami meminta tambahan cili untuk kali kedua - tetapi dengan pelayan yang lainlah...hhmm..
|
inilah gambar lada yang diberi oleh pelayan-ambik ko!
padan muka kami, tapi kalau malu, tak rasa pedas pulak |
Majlis berakhir pukul 10.30 malam dengan diselangi persembahan karaoke dan tarian kebudayaan. Terima kasih urus setia dan penaja!
Tunggu hidangan yang lain untuk makan malam esok hari - malam penutup sebelum pergi ke rumah keluarga angkat di Kampung Penan Muslim.
2 ulasan:
Kak pernah sampai di Bintulu 1988 - Kidurong tempat kilang baja Urea. Perumahan di situ cantik tepi laut, tetapi pukul 8 pagi macam pukul 11 pagi
rajin betul la puan suhana kita ni up date blog...ct ni dah jatuh ketegori malas hehehe...erm..sup timun laut tu nampak menarik...menu yg menyihatkan tu :-)
Catat Ulasan